In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Wednesday, August 15, 2007

Doa Elak Futur

اللهم إنى أعوذبك من العجز والكسل وأعوذبك من الجبن والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال

Tuesday, August 14, 2007

RAHSIA-RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i)Menghadap Kiblat

ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)

iii)Baca doa penerang hati

iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :

i)Sekurang-kurangny a segelas pada sebelah pagi dan malam

ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS )

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani / luban / kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI )

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Friday, July 06, 2007

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

[Forwarded from a friend of mine, Zaki]

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah.Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalubertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahalabagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahunibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Thursday, May 24, 2007

Dialog Iman Diri

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak
nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan
tak memerlukan kami lagi..


Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap
camtu? pentadbiran diri saya berterabur
sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak
pekerja tambahan tuan
ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni
saya tak pernah menggaji mereka.Tapi
mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja
tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya
habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan
memencilkan kami. Al Quran, Zikir,
mathurat, solat Malam tak boleh bekerja
dengan mereka..kami memang tak boleh
bercampur dengan mereka..


Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja
sedangkan tuan sudah punya pekerja
tambahan? Saya lihat mereka buat tuan
gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur
kerja kat pejabat tu!!Tolonglah,
bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat
dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu
tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang
mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan
untuk bos pekerja tambahan, En Dosa,
tapi kami, tuan tak sediakan makanan.
Kebajikan kami tak terjaga...


Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja
dengan saya. Saya janji kebajikan kamu
semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO
kita akan memantau tuan, Dialah
Allah.Tuan takkan tak takut menabur
janji tapi melupakannya?


Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya
bekerja di dalam syarikat yang bersih,
dan amanah..Bukanlah saya nak memandang
rendah pada jabatan baru En Dosa, tp
kami tidak suka cara mereka bekerja.
mereka meminggirkan kami


Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin
menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula
tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..
Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji
dari tuan.Cuma kami minta disediakan
ruang yang bersih dan amanah untuk kami
bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih
menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak
dapat rasanya kami bekerja untuk tuan
lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada
mereka.Siapalah kami..


Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka
meminta-minta dari tuan.
Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk
mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat
kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang
menggembirakan saya.Memang kamu percuma,
tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak
boleh, itu tak boleh..saya rimas..

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami
tuan..kami minta diri dulu..tak
perlulah kami berkhidmat dengan tuan
kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami,
kami sentiasa di sisi..Tuan jangan
risau, kami maafkan tuan..


Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat
En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd,
majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut
sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of
charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya
tuan beruntung besar..Silap hari bulan,
CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke
pangkat yang lebih tinggi


Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk
kamu bekerja semula. En Iman, saya akan
jaga kebajikan kamu, panggillah En
mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua
ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan
tuan bergada-ganda tahun ini dan
seterusnya..

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..

Friday, May 04, 2007

Once in a while

Zaman skolah ber ‘ana-enti’,
Sekarang hilang diterbangkan angin;
‘Aku-engkau’ jadi pengganti,

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)
Sekarang ni gaya ‘hebat-hebat’ belaka,
Entah bila nak ‘ayu’ semula.

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati, (especially at Friendster)

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk “engkau ni skema”

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
“Alah, aku banyak kerja la”

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak Al-Amin berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi’il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
“Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?”

Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,
“Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!”

Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

Wednesday, May 02, 2007

Islam terancam

Sesungguhnya semenjak terpancarnya fajar Islam, ia telah diuji dengan pelbagai permusuhan yang sememangnya tidak manginginkan kebenaran. Mereka cuba meranapkan rukun-rukun Islam serta menghancur luluhkan binaannya melalui pelbagai bentuk dan cara. Pada hari ini generasi kita berhadapan dengan gelombang atheis dan juga ideologi-ideologi yang mengharuskan segala sesuatu, yang dilontarkan kepada kita dari timur dan juga barat bertujuan menyesatkan golongan muda-mudi, merosakkan generasi serta menakutkan kita terhadap masa depan pemikiran aqidah yang kita miliki dengan ancaman bahawa ia akan menuju kegelapan yang mencengkam. Mereka mengancam umat Islam dengan keruntuhan yang dasyat dan kejahatan yang menyelubungi.
Dalam suasana gelombang ombak yang sebegini kita tidak mungkin mampu melawan pertembungan pemikiran kecuali jika kita berpegang dengan tali Allah yang sememangnya kukuh dan juga tanpa terlalu mementingkan khilaf di dalam perkara furu’ yang merupakan ijtihad serta hendaklah kita mengikat hubungan hati dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala bertujuan untuk memperolehi kekuatan, ketenangan, kehebatan serta kemuliaan daripadaNya .
Bagi pendaie-pendaie Islam yang ikhlas tentunya sudah menjadi suatu perkara penting bagi mereka untuk mengembalikan roh agama serta membuka tutupan hati, maka tidak lain dan tidak bukan tujuan orang-orang sufi pada setiap masa dan zaman hanyalah untuk kembali bersama-sama orang Islam berada di bawah naungan uns dengan Allah Ta’ala, kenikmatan bermunajat dan kebahagiaan berdampingan denganNya dengan mengembalikan roh Islam.
Musuh-musuh Islam telah bekerja keras untuk memperdayakan umat Islam daripada pegangan mereka, memperlekehkan Islam dengan kalimah jumud dan singkat serta menuduh penganut-penganutny a dengan kemunduran dan cuba kembali ke zaman lampau. Di samping itu juga pendakwah-pendakwah mereka yang mempunyai tujuan-tujuan khusus yang tersendiri telah melontarkan berbagai tohmahan dengan menggunakan pelbagai tipudaya licik yang dipelajari. Kadang-kadang mereka menimbulkan keraguan umat Islam terhadap apa yang terdapat dalam mazhab-mazhab feqah yang muktamad dan di masa yang lain pula mereka mencela sesetengah perawi hadis yang terdiri daripada sahabat Rasulullah SAW bertujuan menghancur leburkan tiang-tiang Islam. Sekali sekala mereka menghalakan pula syubhat kepada perkara yang berlegar di sekitar masalah keimanan demi merosakkan aqidah ummah.
Kita semua telah lihat dan tahu bahawa semua perkara ini telah berlaku di sepanjang zaman, maka perkara yang perlu disedari dan diberikan perhatian ialah celaan yang dimaksudkan tadi serta tikaman yang mendalam ke atas tasawuf Islam. Perkara tersebut tidak lain kecuali semata-mata kerana ia merupakan permata Islam, roh serta kehidupan yang menggerakkannya. Sesungguhnya golongan sesat ini ingin memperdaya dan memesongkankan umat Islam terhadap pegangan mereka melalui gambaran peredaran falsafah khayalan, membelakangi dunia, menjauhkan diri daripada manusia, melakukan bid’ah serta lemah dan lari dari realiti kehidupan. Akan tetapi Allah SWT telah menjamin penjagaan dan pengekalan terhadap agamanya lalu dihancurkan tulisan-tulisan mereka dan dakwaan mereka dibawa angin lalu dan tasawuf tetap kekal sebagai menara obor ahli suluk menuju Allah SWT. Juga sebagai metodologi positif lagi membina untuk menyebarkan Islam dan menguatkan binaannya.
Sheikh Abdul Qadir Isa h.a
Halab, 24 Ramadhan 1381 H.
Bersamaan 17 November 1961 M.
muqaddimah kitab haqaiq tasawwuf)

Tuesday, May 01, 2007

Sai Baba - NAUDZUBILLAH MINDZALIK . .

Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot
perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan
tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya
India Selatan.

Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari
bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari

Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan

Rasul-Nya. "

Bisa jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya

al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as).

wallahu al'am..

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan
mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi
belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi
menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh
Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari
berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..

Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban
berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan

berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak

ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku

adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian

sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA

1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo,

berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur

pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan

di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba

memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara

melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain

dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan

yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan

menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman

nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal.

Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari

berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik,

sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai

Baba mengaku seabgai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian,

cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya

sebagai nabi kepada pengikut2nya.

8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan

menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya

adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majelis

darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan

keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit.

Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan

penyakit kanker.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan

menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di

bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari

bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya.

Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan

berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai

Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk

lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya

yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan

berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia

biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa

berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang

biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan

air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan

tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan

teologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia

datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan

kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan

wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu,

marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud
akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.
 Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari
siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta
dari keburukan fitnah Dajjal."